Blogger Layouts

Saturday, June 9, 2012

REFLEKSI PJK


REFLEKSI SUKAN RAGAM
NAMA   : NURUL FATIHAH BINTI ZUBER
NO K/P  : 860324-46-5032
UNIT      : KPLD (PLPS) YIT (KDC)
NAMA MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
NAMA PENSYARAH : EN. MHD ASRI BIN ISMALI
                                    EN. ROS’HAIMI BIN MOHD YUSOFF

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan refleksi ini pada masa yang telah ditetapkan.
Pada hari Rabu, 06 Jun 2012 kumpulan KDPM (PLPS) YIT (KDC)  Pra 1& Pra 2 telah menganjurkan Sukan Ragam yang telah berlangsung di gelanggang tenis Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut.
Setiap kumpulan dibezakan dengan nama buah-buahan. (Dah namanya cikgu pra mmg mcm bdk2..hihihi) Sebanyak lapan (8) acara sukan telah dimainkan oleh kami. Ini adalah senarai nama acara-acara yang dijalankan berserta nama kumpulan masing-masing.

BIL
NAMA PERMAINAN
NAMA KUMPULAN
1
Bowling Botol
Strawberi
2
Langkah Dadu
Epal
3
Bola Silang
Limau
4
Triangle Jumper
Pisang
5
Soft Ball
Durian
6
Bola Skor
Mangga
7
Rebut Tiang
Tembikai
8
Cokeh Getah
Kelapa

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan disusuli dengan lagu IPG Malaysia. Acara dimulakan dengan permainan boling botol yang telah diubahsuai daripada kumpulan strawberi. Pada pendapat saya permainan ini sangat menarik dan sesuai dimainkan di peringkat pra sekolah. Acara kedua pula ialah langkah dadu. Permainan yang sangat memerlukan kepandaian dalam membaling dadu. Ini kerana kumpulan saya telah mendapat tiga kali berturut-turut nombor ganjil  ini telah menyebabkan kami terpaksa berundur ke belakang. Namun salah seorang ahli kumpulan saya iaitu, Nor Husna dengan rela hati menukarkan tempat dengan saya. Ketika balingan dibuat oleh beliau, beliau telah mendapat nombor genap dan kami telah berjaya melangakah ke hadapan. Namun nasib tidak menyebelahi kami. Kalah lagi untuk permainan kedua.
Permainan ketiga pula merupakan bola silang. Permainan ini bermain dalam liga. Kumpulan saya iaitu Durian pasukan melawan pasukan Strawberi. Kami kalah dalam pusingan ini juga. Permainan yang keempat yang diberi nama Triangle Jumper bagi saya sangat menguji tahap keberanian saya. Ini kerana setiap ahli kumpulan diminta melompat mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan. Saya mendapat langkah keempat tapi saya tidak berjaya melepasinya walaupun kesemua lawan ketika itu mempunyai ketinggian yang sama seperti saya. Saya  menjadi takut. Takut akan jatuh ini kerana saya telah terjatuh di rumah sebelum masuk ke IPG itu yang membuat saya takut untuk melompat getah tersebut. Permainan yang seterusnya adalah Bola Skor yang diubah suai dari permainan galah panjang. Permainan yang perlukan kemahiran memerhati, kecekapan dalam menembusi pertahanan pihak lawan. Diperingkat ini juga kami kalah. Permainan keenam adalah Rebut Tiang dimana setiap ahli kumpulan secara berpasangan akan mengikat kaki pasangan masing-masing dan berlari ke arah peserta lain yang juga dalam keadaan berpasangan kemudian menyentuh peserta lain untuk berlari ke garisan penamat. Peserta terakhir telah diminta untuk berlari menggunakan sebelah kaki sahaja. Sangat mencabar bukan. Ketika sedang bermain pasangan dari kumpulan Pisang telah jatuh tersungkur hingga mengakibatkan kecederaan ringan. Permainan tetap jua diteruskan. Akhir sekali adalah permainan cokeh getah yang telah diubah suai juga dari kumpulan Kelapa. Permainan ini memerlukan kesemua ahli kumpulan bermain dalam empat penjuru. Dimana getah yang hendak dicokeh menggunakan chopstick. Sangat-sangat menguji kesabaran dan kecekapan dalam mengambil getah yang berwarna asli sahaja. 
Pada pendapat saya, semua permainan yang dipermainkan adalah menarik dan sesuai diaplikasikan di tadika masing-masing. Cuma ketika rebut tiang ada sedikit kemalangan. Bakal guru hendaklah sentiasa berhati-hati dengan segala risiko yang akan datang.





No comments:

Post a Comment